KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan satu rang undang-undang untuk mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal, dilihat sebagai langkah tepat bagi menghalang tindakan mengkhianati mandat rakyat.
Menurut pandangan penganalisis politik, terdapat kewajaran rang undang-undang itu diperkenalkan termasuk menghalang tindakan sesetengah pihak yang mahu menggulingkan kerajaan semasa atas alasan tidak kukuh atau munasabah sehingga mengetepikan sistem Parlimen sebagai medan untuk berdemokrasi.
Hal ini berikutan, secara kelazimannya negara ditadbir kerajaan yang dibentuk oleh parti politik yang mendapat mandat atau undian rakyat menerusi proses demokrasi pilihan raya dan langkah menggulingkan kerajaan pilihan rakyat dilihat seperti pengkhianatan.
Geostrategis dan penganalisis politik daripada Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Prof Azmi Hassan berkata berdasarkan peristiwa menukar atau menggulingkan kerajaan yang terjadi sebelum ini, ia dilakukan berdasarkan keputusan yang dibuat Ahli Parlimen sendiri tanpa melibatkan mandat rakyat.
"Bila berlakunya 'Langkah Sheraton' (2020) dan kini timbul pula dakwaan 'Langkah Dubai', yang pasti wakil rakyat terlibat tidak pernah bertanya dan minta pendapat rakyat (untuk tukar kerajaan atau Perdana Menteri).
"Sebab itu dikatakan langkah atau cadangan untuk menggubal rang undang-undang ini dapat mengembalikan suara rakyat sepenuhnya," katanya kepada Bernama.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga akhir penggal dibentangkan di Parlimen dan mengelakkan peristiwa terdahulu seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 berulang pada masa hadapan.
Sementara itu, penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM) Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berkata rang undang-undang itu boleh menjadi mekanisme lebih berpelembagaan dan berparlimen dalam isu memuktamadkan keabsahan sesebuah kerajaan.
Beliau mencadangkan jika rang undang-undang itu digubal, elemen membawa usul ke Parlimen perlu dijadikan sebagai imperatif atau asas penting untuk menguji keabsahan sesebuah kerajaan atau sokongan terhadap seseorang Perdana Menteri.
Kata beliau, ini bermakna setiap cadangan untuk menukar kerajaan atau Perdana Menteri perlu dibawa kepada pengetahuan dan perbincangan Dewan Rakyat seperti membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
"Ketika ini, terdapat pihak yang menggunakan kaedah surat akuan bersumpah atau SD, sedangkan kita ada sistem Parlimen untuk menyatakan sama ada mereka (Ahli Parlimen) masih mempercayai Perdana Menteri atau sebaliknya.
"Sokongan harus dilakukan dengan undi percaya di Dewan Rakyat sahaja bukan berdasarkan SD semata-mata. Itu yang paling perlu ditegaskan kepada mana-mana parti politik terutama pembangkang," katanya.
Menurut Awang Azman, kesan trend penggunaan SD dapat dilihat dalam beberapa siri kemelut politik yang berlaku apabila kerajaan Persekutuan bertukar dua kali dalam tempoh sepenggal.
Kemelut politik negara pada 2020 hingga 2022 menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dan dua kerajaan, sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 Nov 2022, namun sekali lagi berlaku episod kebuntuan dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat undian majoriti rakyat.
Mengulas perkembangan dan suhu politik negara ketika ini, Azmi berpendapat blok pembangkang seharusnya memainkan peranan mereka sebagai semak dan imbang kepada dasar yang diperkenalkan kerajaan dan bukannya terlalu fokus untuk mengambil alih pentadbiran.
Katanya, ketika ini pembangkang dilihat tidak sunyi dengan permainan sentimen untuk menukar kerajaan Persekutuan.
"Walaupun lima Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini sudah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), sepatutnya mereka (pembangkang) sudah berhenti (sentimen). Mereka tahu mereka tak cukup nombor, tetapi hakikatnya mereka hanya ingin menggambarkan persepsi mereka itu kuat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Menurut pandangan penganalisis politik, terdapat kewajaran rang undang-undang itu diperkenalkan termasuk menghalang tindakan sesetengah pihak yang mahu menggulingkan kerajaan atas alasan tidak kukuh. - Gambar hiasan
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'RUU kekal kerajaan tadbir sepenggal halang cubaan khianati mandat rakyat'
Cadangan mewujudkan satu RUU untuk mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal, dilihat sebagai langkah tepat menghalang tindakan mengkhianati mandat rakyat.
RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal mampu kukuhkan negara - Abang Johari
Abang Johari berkata semua pemimpin parti politik seharusnya lebih mengutamakan kestabilan pemerintahan dan usaha memulihkan ekonomi negara.
RUU kekalkan kerajaan sehingga akhir penggal penting untuk kestabilan politik - Ahmad Maslan
Cadangan mewujudkan rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal, penting bagi menjamin kestabilan politik negara.
Zahid cadang gubal RUU bagi kekalkan kerajaan sehingga habis penggal
Satu Rang Undang-undang (RUU) baharu perlu dirangka, bagi memastikan sebuah kerajaan yang wujud sama ada menerusi parti yang dominan atau gabungan dikekalkan sehingga akhir penggal.
RUU baharu cadang hukuman berat terhadap pendera - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap pendera di bawah Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia.